BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking.Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU.

Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044

Konsert Double Trouble Search/Wing Bukit Kiara Equestrian Country Resort KL (1 MEI 2010)

Dalam Kenangan

Jan 8, 2011

Harapan Baru Untuk Malaysia..

May 7, 2010

Kena jadi model la pulak...




Dec 12, 2009

THROUGH MY WINDOW LYRICS! - BUNKFACE!'s MySpace Blog |

THROUGH MY WINDOW LYRICS! - BUNKFACE!'s MySpace Blog |

Nov 6, 2009

Sakit Perot

Hari nie aku bangun pagi pagiii..
aku rasa malas nk keje dengan perot aku sakit...cirit birit g taw

keje pon byk nk kene settle kan..ishh ishhh pening2

3 kontena nk kena rework printer plotwave adehhhh

cross beam 1 and 2 problem...semua 54 engine fuhhh byk 2 weiiii...

Sep 29, 2009

Cepat..

siapa tahu nama asal port dickson apa?
siapa tahu apa nama tanjung tuan?
siap tahu filem apa dibuat di port dickson?

siapa dapat jawab akan diberi hadiah
album ini :


HADIAH NYA

Sep 9, 2009

Khutbah Jumaat 04/09/09

Oleh Tuan Guru Haji Hadi-President Pas


Selamat Berbuka Berpuasa..




JAJAN JAJAN


tahun ini semua warong merosot
malam tadi ujung minggu masih bayak warong tak bertunggu
jalan raja laut lengang. perniaga ramai. pembeli kurang
petang kelmarin pak warung di bukit bintang risau
pelanggan hilang
dbkl sudah gila
niaga mula jam tiga kalau tidak kena denda
jam tiga mula jam empat ujan turun
dbkl tak boleh tahan ujan
orang berjual mencari pembeli
bukan ikut fatwa dbkl
yang tak puasa nak buat macam mana
dia tak hendak masuk syurga
dia tak minat bidadari bermata jeli
dia tak minat buah anggur
dulu pesta kueh di bukit bintang hebat
tahun ini malap
sewa makan tahun makin naik
sewa makin tahun makin naik
pasal apa hah?
ingat duit datang dari langit
yang datang dari langit itu hujan


PETANG INI

petang ini redup dan landai
udara nyaman dan sejuk
puasa telah jauh berjalan
bulan telah bulat mengambang

malam ini keluar dari bilik
nengadah ke langit
lihat bulan besar membulat

ibu telah mula susah hati
kain langsir hendak dibasuh atau diganti
ayah telah mula susah hati
anak merenget nak beli itu dan ini
balak cukup senang hati
masa raya ada chan dapat cium free
awek cukup senang hati
boleh bawak balik balak dan sorok dalam almari

petang ini nyaman dan redup
burung tidak bising
tupai tidak riuh
murai tidak bergaduh
anjing tidak melaung
semua sedang menunggu waktu berbuka

Sekitar Projek OCE-TDS







Selamat Berbuka Berpuasa..

gambar sekitar projek OCE-TDS





Selamat Berbuka Berpuasa..

BERBUKA APA PETANG INI

bagaimana agaknya petang ini di jenin
bagaimana agaknya petang ini di gaza
bagaimana agaknya petang ini di jalalabad
bagaimana agaknya petang ini di kabul

berbuka puasa apa petang ini di baghdad

mereka yang di bagram
mereka yang diguantanamo
mereka yang di evin
mereka yang di kamunting

agaknya pukul berapa mereka bersahur

sebelum memakan sebutir tamar
sebelum meneguk secangkir serbat
sebelum menggigit seketul apam
sebelum menghisap sebatang keretek

ketika berbuka petang ini
ketika memandang juadah terhidang
ketika menunggu loceng berbunyi
ketika siang berganti senja

tanyakan pada diri
apa dia berbuka di kamunting
apa dia berbuka di guantanamo
apa dia dia berbuka di evin
apa dia berbuka di bagram

selesai bertanya nikmatilah juadah

Selamat Berbuka Berpuasa..

MANUSIA OH MANUSIA

kereta mula berasak asak. pergi dan datang. jalan semakin penuh. ruang semakin sempit

lalu bergeser sebuah kereta
cermin pandang belakang terlanggar
maka keluarlah si pemandu menyumpah marah

marah marah dan marah
mukanya merah lagi marah
tangannya digenggam mulutnya menyumpah
pemandu ini betul betul marah

dia menarik baju. dia mengangkat tangan. dia mengherdik. dia betul betul marah.

bila kau terlihat ini tersenyumlah
bila kau terpandang ini ketawalah
ianya sering berlaku
manusia telah berubah tingkah laku

kiranya kereta kau tercarik terlanggar
apa yang kau lakukan
bangun mengherdik menyumpah marah
hilang perhitungan dan naik darah

kiranya kereta kau tercarik terlanggar
jangan kau marah menyumpah
jangan naik darah dengan sumpah seranah
bayangkan anak anak kelaparan di iraq dan kabul
bayangkan anak anak yang mati di congo
berapa nilainya dengan sebuah cermin kereta

kiranya kereta kau bontonya kemik dilanggar
jangan kau marah menyumpah
jangan berlaku kasar meludah ludah
kau bayangkan ozone bumi ini yang semakin rekah
kau bayangkan ikan dilaut semakin susah
kau bayangkan panas bumi ini semakin meresah

betapalah nilainya sebuah cermin kereta
dengan bencana yang sedang di hadapi manusia
betapa nilainya cat di pintu kereta
dengan segala senjata nuklear pemusnah semua

jika kau masih ingin marah
pandang ke langit dan lihat awan
betapa indahnya bumi ini
hutan pokok batang dahan ranting daun dan buah

daun daun menguning akhirnya lurah
gugur ke bumi tersusun indah
ke dalam ke bumi sarapan cacing
kembali bertukar menjadi baja
bergembira hutan se belantara

udara panas menyerlah
berderai hujan bersepah sepah
bumi menjadi subur basah
semua bernafas semua beralah
kepada yang maha esa pembawa aflah

betapa indahnya bumi ini
dan kau hanya bertengkar
kerana pintu kereta tercalar
dan kau hanya bertengkar
kerana tidak dinaikan pangkat awal

petang ini bila kau memandu pulang
ingatkan bait bait ini
agar kau tersenyum riang
kerana hidup ini lebih indah
dari sebuah cermin kereta yang pecah

Selamat Berbuka Berpuasa..

PETANG INI

petang ini
redup dan sejuk
panas tidak
hujan pun tidak
lalu cuba memileh mileh

memileh kueh
memileh minuman
memileh balak
memileh awek
memileh baju
memileh seluar

hari raya nak di rayakan
berulang ulang dirayakan
tahun ini tahun lalu
tahun lalu tahun sebelum yang lalu
tahun sebelum yang lalu yang lama dulu

tahun yang lama dulu
tahun yang lama lama dulu
tahun yang lama lama dulu
ketika mercun dan meriam buluh berdentum
tahun yang lama lama dulu
ketika semuanya memgembirakan
tahun yang lama lama dulu
ketika sepapan mercun lidi harga sepuluh sen
ketika sepapan mercun papan harga tiga puluh sen

tahun ini kenapa mercun tak boleh
bukan mercun tak boleh
boleh bermain mercun
mercun dimana mana

sengaja di haramkan agar perniagaan lebih lumayan
kastam dapat upah
polis dapat upah
tok peraih harga tak murah
tokan dapat untung mewah

budak budak cedera berdarah
itu propoganda murah
semenjak bila pulak kerjaan ini
ingin menjaga rakyat

berita tokan kena tangkap
itu iklan tanda mercun ada di pasaran
yang kena tahan dan kena tangkap
itu satu signal untuk tokan
duit pau kena bayar kawan
kalau tidak lori aku tahan

alangkah baiknya kalau mercun bebas dijual
malam ini terdengar
dam dam dum bunyi mercun
awek dan balak sedang berayun

Aug 11, 2009

citer Pasal keje..

Hari nie dlm sejarah...he3 (CUSTOMER-BELANDA)

aku wat keje ngan budak pratikal...berdua jer kami..

masok2 keje aku dapat info 2 budak otai x mai keje...diorg demam (bukan H1N1)

AKU DAH rasa x sedap hati...shift aku pulak byk budak2 operator baru masuukkkk..

apa lagi banyak la reject diorg buat...ini la itu la.. sampai aku nak check email pon x senang..

sana panggil chot sini panggil chot pening kpala aku..

tapi hari nie aku wat keje ngan enggineer...diorg tolong aku gak he3

nasib baik model tds100 x jalan klu x hampehhhh...

sebab aku bukan nya tahu sgt tentang model nie..

Tadi diorg jalan model plotwave kira ok la cikit...sebab aku belajar pon hanya model nie ajer

Yang barua nya tentang ari nie...ada 1 engine yang aku repair reject dari customer..aku pon buat

la...buat punya buat sampai tertinggal sepana saiz 8 kat dlm engine..aku rasa yg wat keje nie bdk

operator tu la...sebab dier yg pasang last cover printer tu..QA pon Check la diorg x

perasan ada menatang nie (sepana) dlm engine tu..(QA PASS) bdk paking apa lagi

bungkus la hantar g customer nak test engine tue...he3 apa lagi customer mengamok la.

habis semua bdk2 QA kena hentam he3...aku ngan budak operator tu pon kena hentam ngan QA.

Cilaka...goRENG MEE la aku nak jawab problem nie..Bdk operator tu mampos nak ngaku..

He3 tu jer masalah aku ari nie...Tapi aku ngan customer (OTA) kira ok sampai diorg nak ambil aku join diorg...Adehh aku x mo la NANTI x PASAL2 aku g belanda ikut diorg..xnk la aku

ok la wehh..aku nak tido sok keje...

Aug 1, 2009

Model-Plotwave

Aku Kena tranfers


Sekembalinya aku dari Johor ke Penang..aku di kehendaki terus ke flex A1..Aku di tukarkan ke bahagian repair Printer..Korang tahu la sebelum nie aku repair board PCB-(Printed Circuit Board)..
Skrg repair printer jadi 0 pentium aku hehehe..

Mula2 pening aku di buatnya..mana x pening semua barang assembly....material...Mana aku expect mende mcm nie..Korang nak tahu kat flex A1 nie printed adehh besar giler..nanti senang2 aku upload picture dier..

Sekarang Aku report kat chong (engineer)..yang sempoi nya sini semua melayu (technician)..
Diorg x kedekut ilmu..semua mende diorg ajar...senang la nanti klu nak repair engine otai dah ajarkan hehehe..Oppss.. Lupa aku nak bgtaw aku kat sini dok line OCE-TDS

Sini keje sempoi sebab x der singa,harimau hehe korang faham x ...sini xder org nak menjerit la..
tak mcm kat flex p1 fuhhh..berlakon jer lebih keje hampeh..Tapi masa aku support kat senai johor ari tu sempoi...x yah cerita la yea sempoi mcm mana kat sana..korang nak tahu perhi sendiri la hehehe..

Kat flex A1 nie aku start keje 1 Aug 2009..emp no baru...wa ckp lu.
emp no lama 10101 tinggal kenangan bagi aku..tapi date joint pakai yg lama la..Sini secuarity ok x kacau org..x mcm sana umpama dok dlm penjara....TENSION..Lagi pon kat sini operator nya semua nya wa kenal..semua budak Lucent sekali ngan exec org Lucent (RajaZahairul)..ok la tu..

Byk kenangan masa aku kat flex p5..aku x kan lupakan korang semua.
Selamat tinggal p5...Babai..Last keje kt p5 23hb jun 2009.