BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking.Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU.

Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044

Konsert Double Trouble Search/Wing Bukit Kiara Equestrian Country Resort KL (1 MEI 2010)

Dalam Kenangan

Sep 9, 2009

Selamat Berbuka Berpuasa..

MANUSIA OH MANUSIA

kereta mula berasak asak. pergi dan datang. jalan semakin penuh. ruang semakin sempit

lalu bergeser sebuah kereta
cermin pandang belakang terlanggar
maka keluarlah si pemandu menyumpah marah

marah marah dan marah
mukanya merah lagi marah
tangannya digenggam mulutnya menyumpah
pemandu ini betul betul marah

dia menarik baju. dia mengangkat tangan. dia mengherdik. dia betul betul marah.

bila kau terlihat ini tersenyumlah
bila kau terpandang ini ketawalah
ianya sering berlaku
manusia telah berubah tingkah laku

kiranya kereta kau tercarik terlanggar
apa yang kau lakukan
bangun mengherdik menyumpah marah
hilang perhitungan dan naik darah

kiranya kereta kau tercarik terlanggar
jangan kau marah menyumpah
jangan naik darah dengan sumpah seranah
bayangkan anak anak kelaparan di iraq dan kabul
bayangkan anak anak yang mati di congo
berapa nilainya dengan sebuah cermin kereta

kiranya kereta kau bontonya kemik dilanggar
jangan kau marah menyumpah
jangan berlaku kasar meludah ludah
kau bayangkan ozone bumi ini yang semakin rekah
kau bayangkan ikan dilaut semakin susah
kau bayangkan panas bumi ini semakin meresah

betapalah nilainya sebuah cermin kereta
dengan bencana yang sedang di hadapi manusia
betapa nilainya cat di pintu kereta
dengan segala senjata nuklear pemusnah semua

jika kau masih ingin marah
pandang ke langit dan lihat awan
betapa indahnya bumi ini
hutan pokok batang dahan ranting daun dan buah

daun daun menguning akhirnya lurah
gugur ke bumi tersusun indah
ke dalam ke bumi sarapan cacing
kembali bertukar menjadi baja
bergembira hutan se belantara

udara panas menyerlah
berderai hujan bersepah sepah
bumi menjadi subur basah
semua bernafas semua beralah
kepada yang maha esa pembawa aflah

betapa indahnya bumi ini
dan kau hanya bertengkar
kerana pintu kereta tercalar
dan kau hanya bertengkar
kerana tidak dinaikan pangkat awal

petang ini bila kau memandu pulang
ingatkan bait bait ini
agar kau tersenyum riang
kerana hidup ini lebih indah
dari sebuah cermin kereta yang pecah

0 comments: