BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Menjana PENDAPATAN TETAP dgn modal rm10 shj.Bisnes sms masa kini yg di niagakan secara networking.Daftar malalui sms bila-bila masa & di mana shj. rm10 KEUNTUNGAN 50% sehingga 5 LEVEL di bayar terus keakuan bank anda.SETIAP MINGGU.

Maklumat dan komisen akan hantar dr semasa ke samasa.Peserta akan dapat formula RAHSIA WANG segera/flyer dan ruang IKLAN INTERNET selama 3888 hari.Untuk daftar taip myten-7168 dan sms kepada 014-6088404 Tunggu mesej dari admin.Pertanyaan sila tel 09-8444044

Konsert Double Trouble Search/Wing Bukit Kiara Equestrian Country Resort KL (1 MEI 2010)

Dalam Kenangan

May 26, 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak Bila nak bermanja, aku dekati.....mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon.....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang.. aku suka luah pada..mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

May 25, 2009

Aku dan ....



SERVE A MOMENT SEARCH's CONCERT IN LOCATION BLUE CLOUD SEBERANG JAYA

LAYAN SEKEJAP KONSERT SEARCH DI AWAN BIRU LOKASI SEBERANG JAYA

May 24, 2009

Miskin Tegar


Pecah tabung yea bang..nak beli nasi bungkus ngan rokok sanggup diorang nie pecah tabung yang di simpan sekian lama...biasa la ekonomi junam hehehe

May 23, 2009

BUdak Pekan Darat (Pemuda Umno) KARAT

Budak nie hangpa jangan tanya memang kuat ulat


asal keje mlm jer guringan..hehehe siang2 sakian berterusan meng uyuhi awaq..kuitan berpadah di lawani ketulahan nanti baru taw.Mewarisi bapak kot

aku pon x brapa taw sgt nk tulis banjar nie hehehe aku try boleh kot

Pekerja Contoh

Sabri...seorang pekerja yang berdidikasi..tak reti nak ulat apatah lagi nak ular
keje memanjang bukan nya apa takot mat khir marah kot hehe,dia juga pengemar rokok fisher

May 22, 2009

Apa Depa Buat Tue

Cuci Kotoran Degil YEa Bang..

Hangpa kenal sapa nie

hangpa rasa diorang buat apa

May 20, 2009

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP


Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar.

Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda
Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup
Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.

Matikan Servis Yang Tidak Perlu
Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.

May 18, 2009

Ah! Gambar Nabil & Irma Candid Di Pavilion

Juara Akhir AF7


Hafiz Juara
Debaran transformasi AF7 berakhir apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104)

Dengan memperolehi undian sms terbanyak daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di Malaysia itu

Sekaligus menewaskan 4 finalis lain iaitu Yazid, Akim, Isma Aril apabila beraksi dengan baik pada malam itu menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas

Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi

Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik

Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofi

Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi

Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi

Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik Bunkface

Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi

Berikut adalah kedudukan undian pada malam ini

Kedudukan undian sebelum konsert bermula

PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5

May 16, 2009

Mr Bean.....lawak bodo episod 1

kecoh sidang dun smoking

May 15, 2009

Bohsia.. Jangan Pilih Jalan Hitam...

nih ah filem bohsia... jangan pilih jalan hitam.. aku teringin nak tengok cite nih... sampai sekarang aku tak tengok2.. aduyai.. haha... lagu die, aku n sarah minat... kan sarah kan..hakhak.... aku n sarah aritu siap carik2 lagik ape name tajuk lagu OST die nih.. hahaha... hai cik adik,marilah ke mari.. abang nak bawak kau jalan2 makan angin... hakhak.... pergi ke mane bang? cik adik ikut.. wkakakakka...lawak jek bunyik.. hehee....
(artikel nie aku copy kat blog seorg anak muda)

comment chot: adehh tajuk citer pon dah naik gerun..apa nak jadi ngan anak muda skrg.
Dulu rempit...skrg tgk lah gejala rempit MAKIN MENJADI-JADI
nie citer Bohsia pulak nak jadi apa malaysia yg ku cintai nie
Paling teruk citer anak halal pelok sana pelok sini...malaysia boleh

Pasal Apa aku Kalih Gambar nie


kepada semua kawan2 jaga2 dengan org nie...yg byk menyebarkan fitnah dan menghina ulamak2...menafsirkan Al-Quran ikut akai sendiri..konon nak jadi wali walakot
klu pimpinan kata jihad aku cari org nie dulu...darah halal
selagi dia x isi borang aku x kan kalih gambar nie...nak borang mintak kat jasni..
Tapi klu berhujah ngan nadzali comfirm kalah...siap mlm mimpi lagi

khak ptuih!!!!

budak2 flextronics

1 - nama mamat nie aku panggil zul jer..dia orang kuat pas dun changkat jering
dgr citer ari tu polis nak bantai kepala dia sebab wat kecoh kat traffic light hehehe
ngah escot peti undi...mcm mat rempet ari tu jadinya

2 - nama mamat nie nazero..dok umah sewa ngan aku..possing baik bang hehehe ambil gambar yea bang..p mana tu bang hehe mcm baru layan jer...beg besar tu bang..beli jersi bola ker hehe
mentang2 p padang becaq membeli belah sakan wakakka

3 - mamat nie nama dia fendi..dulu dia keja sekali ngan aku..dia budak test..dia baru kawen jer..
la nie dia keja kat kl (seri hartamas) jgn keja jual ayam udah ler hehe lawak jer

4 - angahnya nie nama dia si alan..keje doctor haiwan nanti jgn sawan dah ler yea

5 -korang jgn silap ini org bukan melayu..dia nie cina bukit hehe..seorg arkited wat jamban hehe

6 - mamat nie nama dia aku pon x taw..aku panggil dia mat jun jer sebab dia jual makjun kacip fatimah hehe

7 - si mamat boroi nie nie nama dia basri panggil ajer bas..keje kuat tgk arrr sampai bersila wat keje...org dia semangat..dia nie x reti nk ulat asyik kje jer..jgn lupa penanti nanti kita lepak kat markas induk tanah liat

8 - mamat pemalu nie nama dia hasril..peminat bola negeri kedah dah mundur hehehe

9 - ah soon nama dia...cina pekan yg x reti kluar rumah..

10 - ha arr nie dia org kata kulit naga urat dawai...nama dia aduhhhh aku lupa la jgn marah yea

11 - mamat nie gila sikit..otak mereng nama dia suhaili aku panggil bulat ajer..supervisor cleaner

12 - mamat kecik nie nama dia nadzali....fuh seorg yg bersopan santun hormat org tua2..wakakaka

13 - mamat nie nama dia tat org kampong..dok kat baling pendalaman

14 - mamat yg berbadan tegap nie keje dia polis ada pistool

15 - mastermind dlm group depa nie..seorg yg mancho..berjanggut nipis nama dia etocang

16 - si gemok nie nama dia apit org chen peng kongsi gelap..keje dia ayat pompuan jer

17.. mamat nie nanti aku ulas..dia nie jenis mcm mana nanti aku bongkar ok
adehh aku dh lewat nie nak bagi makan ayam sabung jap..

May 8, 2009

Tok Ketua Pakatan Rakyat dari Parit Buntar pun ada


Aku ingatkan takdak la orang Parit Buntar yang cukup tinggi semangat, sanggup pi turun Ipoh. Jenuh la tengok gambar satu-satu kut-kut ada kelibat orang Parit Buntar yang aku kenai dalam ramai-ramai tu. Bukan maksudnya takdak tapi aku tak nampak pun gambarnya.

Yang aku tau YB dari Parit Buntar memang ada kat sana pasai dia pun sama kena tangkap. Kena angkut sekali dengan Salahuddin Ayub. Takkan Ust Khalil kut, dia dah tentu-tentu ada kat sana pasai Dewan Undangan Negeri tu memang kat Ipoh. Tapi aku dok fikir kalau Dr. Mujahid ada kat sana takkan dia pi sorang-sorang kut. Tapi dia ni bukan boleh kira, sangat.

Lepas puas belek rata gambar dari blog ke blog akhirnya jumpa jugak gambar orang Parit Buntar. Lebih bangga dalam gambar tu ada dua Ketua Kampung Pakatan Rakyat. Macam gambar kat sebelah tu, depa dua orang berdiri teguh di belakang wakil rakyat Parlimen Parit Buntar. Sorang Ketua Kampung Pasir Gedabu mukim Tanjung Piandang dan sorang lagi Ketua Kampung Sungai Kota mukim Bagan Tiang.


Gambar depa tu dengan gambar kat bawah ni aku cilok dari fotopages minaq-jinggo

Apa-apa pun, layan...


Laa... rupa-rupanya Husam pun ada sama dekat-dekat situ...